Ha! Tips Saat Akhir Sebelum Peperiksaan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua.

Fuh, dah lama aku tak update blog ni. Berhabuk dah rasanya. (hehe) Sorry lah korang, mana taknya. Sekarang ni kan tengah study week untuk student Ijazah. So, kami memang agak busy mcm menteri (hiperbola...huhu). Sebenarnya xdela sibuk mana pun, cuma sibuk online Facebook jelah kot dan main game. hehe...


Ha, sebenarnya aku nak la kongsi sikit tips2 nak hadapi peperiksaan saat akhir ni. Especially orang yang suka study last2 minit mcm aku ni. hehe.Okey, Tips2nya adalah... (formal sikit tau...)

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN


1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk mata pelajaran yang korang akan ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis

4. Mohon ibu bapa kita doakan kejayaan.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti kot2 sakit perut pulak kan...So, biskut pun cukup.
5. Pastikan korang bawa:-

a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.b) Surat lahir / kad pengenalanc) Slip angka giliran anda.
6. Bertolak ke dewan EXAM lebih awal dari biasa. - Tujuannya untuk korang bertenang sebab kalau korang tergesa-gesa, akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI DEWAN PEPERIKSAAN

1. Sampai je kat dewan tuhh, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:-
 Surah Al-Fatihah - 3X

,Takbir - 7X

Doa Penerang Hati - 1X 


Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEPERIKSAAN


1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
Doa Penerang hati
Doa Tidak Lupa

3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panikBerselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR. Sila berlaku jujur tau.


Semoga kejayaan menjadi milik kita semua. Amin.


Mutiara kata:-
Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh. Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan. Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. 



Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu