Ha! 'Durian Crepe'...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang...


Wahh... Musim durian tiba lagi kan...Pasti ramai pengemar raja segala buah ni di luar sana kan??Tapi ada juga yang tak suka makan buah durian. Ada yang kurang mengemari baunya.. dan tak kurang juga yang tidak sukakan rasanya. Tapi aku, adalah antara salah seorang yang sangat menyukai raja buah ni. Kenapa ya aku suka??? Usah di tanya kerana ianya semula jadi... Sejak aku kecil lagi, pantang nampak durian ni. hehe...Memang harus beli.

Macam aku, satu family suka makan durian ni. So, takdelah gaduh2 kan pasal durian. Tapi dlm semua tu, akulah yang paling suka makan durian dan boleh di gelar Hantu Durian. Sampaikan kalau lori durian lalu sebelah kereta kat highway pun aku boleh bau. (hiperbola...) hehe...


Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal aku...haihh...haha

Ni, nak cerita pasal 'Durian Crepe'. Tahu tak korang benda apa 'Durian Crepe' ni?


'Durian Crepe' ni sebenarnya cuma lempeng. Tapi macam sati inovasi yang dibuat kat lempeng tu untuk jadikan ianya lebih menarik. Dan hasilnya sangat menarik dan sedap. Ha, lupa nak cakap. Durian Crepe ni, lempeng yang dibuat macam bentuk bantal, ada inti whipping cream dan isi durian kat dalamnya. So, bila dimakan, rasa lembut je dalam mulut. Makan 1, memang tak cukup lah citernya. Hehe... 



Macam biasa, aku xsuka cakap jek. Kena ada gambar sekali...hehe. Ni aku bagi cara2 buat 'Crepe' ni...

Untuk kulitnya (lempeng) tu...


Bentangkan 1 keping 'crepe'.

Letakkan Whipping Cream di tengahnya.
Letakkan isi durian.
Tutupkan semula dengan Whipping Cream.
Lipat 'crepe' tu macam bentuk bantal.
Kemudian simpan dalam peti ais jap.
Dah siap...Senang kan? 
Aku yg laki ni pun boleh buat dlm 1st trial...hehe




Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu