Ha! Sate Kajang Haji Samuri@Kajang...
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.
Dah lama rasanya tak update blog. Rindu pada blog 'funky' aku nih. Ok! Sekarang ni EXAM pun dah dekat (gila kau nyer pun adoi der ber...Bak kata Johan RL). Otak pun kena fokus tapi aku belum serius nak mengodek-godek buku. Harap2lah aku ni ada kekuatan dan keazaman. Mudahkan segala urusan aku.
Hari itu, adalah kawan cerita tentang sate kajang. Aku sebenarnya dah lama dah tau ttg restoran ni, tapi belum sampai seru lagi nak pergi sana. So kali ni, ntah kenapa aku dgn roomate aku bosan sangat malam ni, nak study pun dah xmasuk. Naik lebam dah aku ngadap buku hari ni. BUKU+MUKA BUKU...hahahaha. So jam dah pukul 12 tengah malam ni, dengan hati yang terpanggil, maka aku pun tggu apa lagi, terus lah start motor nak kuar 'ngeteh' ngn dia ni kat Restoran terkenal dengan sate kajang iaitu Sate Kajang Haji Samuri, (hamboii formalnya...huhu) dan sememangnya di Kajang. Kalau tidak ,takkanlah namanya sate Kajang kan? Sila angguk kepala beramai-ramai! (Bagus abang, kakak, adik, makcik, pakcik sekalian...huhu)
Nikmat dapat makan sate di sini. Korang belum cuba? Trylah datang sana bawak lah family, member2, gf@bf, tunang,wife@hubby. Or at least ajak roomate...(hahahah)...dan ngap sate. Kat sini bukan je menu sate semata-mata. Orang pun muak gak kalau asik sate jek memanjang. So, makanan lain seperti nasi goreng, mee dan sebagainya pun ada. Yang perlu korang order je..
Nasik Goreng Ayam Special dia pun ada tau... |
Puas rasa makan sate di sana. Ok baii...See y'all later ya. Selamat menduduki peperiksaan. Dalam belajar, harus diselitkan dengan keceriaan.
Comments
Post a Comment