Ha! Final Exam!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan pada korang semua...

Fuhh, rasanya dah lama aku tak post entry kat blog aku ni. *sambil meniup habuk...
Mesti korang macam terunggu-tunggu kan? (konon lah...^_^) hehe...

Ha, aku ni sejak kebelakangan ni agak kesibukan. Mana taknya, assignment yang sedikit melambak (tapi xbuat2...hurm), program macam-macam, mencari AJK KARNIFEP lagi (maklumlah kan...dah jadi Exco, kena la jalankan tanggungjawab ^_^) dan yang paling penting, FINAL EXAM dah dekat oiii. 

Takut tak korang dengan exam? Haha...Perkara normal la kan tu? Tapi, apa yang kebanyakan student (mungkin aku pun tergolong) buat. Semakin dekat exam, semakin enjoy. Ada ke patut macam tu? Makin malas nak pegang buku. Haiii...Sedarlah kawan...^_^(aku juga...). So, kalau boleh, kena ubah sikap lah. Dengan masa yang ada ni, manfaatkan sebaik mungkin. Janganlah luangkan masa untuk benda yang tak berfaedah. Janganlah asyik nak online jek, lepak-lepak tak tentu hala dan kurangkanlah main game, especially guys la...PES, DOTA, Counter-Strike etc. Kalau boleh, elakkan dulu. Kita kan nak exam. Ingat bro, sis...Nak pointer baik, usaha pun mestilah 'thumbs up' punya. Bukan asyik dok 'thumbs up' status dan komen orang kat MUKABUKU tu. Tak ada faedah pun. Baik korang bukak BUKU, revise balik topik-topik yang korang dah belajar. Tapi pastikan betul-betul buku lah. Jangan novel pulak (Kaum Hawa terutamanya)...hehe=) 

Lagi satu, ada jugak orang yang stres macam apa ntah. Macam nak pergi perang. huhu. Berdasarkan pemerhatian aku, orang perempuan lebih ramai yang berkelakuan mcm ni masa exam dah betul2 dekat. Laki ada la gak, tapi xramai mana lah kan. Hehe, kelam kabut dibuatnya. Tapi tak apa, tu la namanya bersemangat kan, lebih baik stress belajar daripada stres main game kan. Betul tak? Stres main game ni, sakit hati, buang masa jek. 

Ha, aku rasa setakat ni jelah aku nak tulis dulu. In Shaa ALLAH kalau ada ruang dan waktu, aku akan post entri lagi. Bye. Have a good day ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu