Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan


Perubahan kuantiti diminta merupakan pergerakan di sepanjang keluk permintaan disebabkan oleh perubahan harga harga barang itu sendiri.
 Bila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke Q1 menyebabkan titik A akan beralilh ke titik B. Bila harga berkurang dari P0 ke P2, kuantiti diminta meningkat dari Q0 ke Q2.menyebabkan titik A beralih ke titik C
Perubahan permintaan pula adalah peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan faktor–faktor lain selain dari harga barang itu sendiri.
Pada tingkat harga yang sama iaitu P0, pertambahan permintaan akan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. Sebaliknya, pengurangan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari D0D0 ke D2D2.

Comments

Popular posts from this blog

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu