Ha! MAHA International 2012 di MAEPS, UPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Hai2 hoi...Kali ni aku post lagi. Hehe.
Aku tetiba dapat idea nak cerita pasal Karnival MAHA 2012 yang baru habis minggu lepas kat UPM tu.
Korang pernah tak pergi MAHA ni? Ataupun sekurang-kurangnya korang tahu tak apa benda MAHA ni sebenarnya? 

Menurut www.maha.gov.my ,


"MAHA International 2012, satu acara dwi-tahunan yang dilangsungkan selama 10-hari adalah pameran pertanian terkemuka di Malaysia.Sebagai acara terbesar dan paling menyeluruh pertanian di rantau ASEAN, ia telah juga telah disenaraikan sebagai salah satu daripada pameran pertanian global.Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memang senang untuk menjadi tuan rumah acara ini penting di mana pemikiran melampaui sempadan untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru."
So, sekarang korang dah faham kan tentang MAHA ni? Best kot karnival ni, aku je dah pergi 2 kali kat MAHA 2012 ni. Yang 1st tu, aku pergi dgn member fakulti. Dia ni ada otak bisnes, keusahawanan (woww...). So, dia mmg suka lah benda-benda macam ni. Siap bukak buku catatan lagi untuk catat benda apa yang dia nak jual dekat UKM tu. Tapi itulah. pergi pun naik motor kan, so barang yang dibawak tu pun sikit jek. Apa je yang dibeli. Of course durian mesti ada la. Dan ada keropok pelik dan biskut keju buatan EKS Indonesia. (Jangan pandang hina tau...Made in Indonesia, tapi sangat2 sedap weh...)

Disebabkan tak puas berjalan kat MAHA tu, aku pun decide nak pergi lagi sekali masa hari penutup. Tapi kali ni aku tak bawak motor, tapi naik kereta (yelah...p bawak anak gadis org kan). Tapi kalau naik kerete, faham-faham jela kan, memang sesak lah dibuatnya jalan tu. Sampai aku terpaksa parking atas rumput (Tapi free...hehe. Kalau tak, Mai, Najah, Amy n kwn Najah, memang aku dah mintak bayarkan parking..hehe) Oopss..lupa nak bagi tahu, kami pergi berlima masa tu, aku sorang pulak yg laki tuh. haihhh. Yg Amy, Najah n kwn Najah (xthu nama...hehe) tu dah menghilang dah masa baru sampai tu. So, thanks a lot la kat Mai cz stay...=) Mcm2 la yang kami buat kat sana, beli itu, beli ini. For sure, kami kenyang gila. Makan makanan tester jek. hehe...(burpppp...) Aku juga dilantik oleh Mai untuk jadi photographer tak bergaji. hehe...sangat menarik dia ni, kat mana2 pun nak bergambar. (Itulah perempuan kan....hehe) Walaupun hujan lebat, tapi tu x menghalang pun untuk kami habis kan hari kat sana. (sebab ada bumbung...huhu) Yang 3 orang lagi tu, datang semata2 nak beli durian, tapi last2 dah habis. haha...kesian bangettt. Masa nak balik tu, kawan Najah ni demam dah. So, dah puas pun berjalan. Dari A-Z dah kami explore. Dari beli barang, sampailah ke buat rawatan rendam kaki (best kan Mai...? ^^), macam kena elektrik kot. Hehe. So, tu la kisah sepanjang aku n kwn2 ni kat MAHA ni. Sangat best, menarik dan takkan dilupakan.

Ha, aku stop sini dulu ae korang. 2 tahun lagi ada MAHA 2014 pulak. SO, jom3 kita pakat pergi sana. ^_^
Okay, setakat ini sahaja coretan aku kat sini. hehe...Bye korang. See ya later...


Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu