Ha! Sebulan sudah kat Universiti Kebangsaan Malaysia !
Assalamualaikum...
Selamat Petang...(walaupun dah malam)
Pejam celik, dah sebulan aku kat UKM. Tak sedar pun cepatnya masa berlalu. Walaupun sebulan, banyak memori yang aku dah dapat dan macam2 pengalaman yang aku dah dapat. Dulu masa kat sekolah dan matrikulasi, aku rasa aku la manusia yang paling tak aktif. Tapi lepas masuk UKM ni, baru aku sedar bahawa pentingnya untuk aktif dalam setiap aktiviti sebab ianya boleh meningkatkan soft-skill, membina jati diri, dan beri aku keyakinan yang lebih. Dan aku rasa sayang kat UKM ni, lebih lagi kolej kediamanku, Kolej Ungku Omar. I'M THE ONE OF OMARIANS...
Masa Minggu Mesra Pelajar, aku kerap fikir, kenapalah aku dihantar ke UKM. Persoalan itu kerap bermain di fikiran. Seolah-olah aku tak dapat terima kenyataan yang aku dipilih masuk ke UKM. Aku kerap rasa menyesal dengan pilihan yang aku buat masa isi borang UPU dulu. Tapi, apa boleh buat, bersyukur jugak la sebab masih diterima masuk ke Universiti. Tapi dengan dorongan keluarga, kawan-kawan, JAKSA, kakak dan abang PC. Aku mula fikir yang mungkin masa depan aku memang terletak di sini. Walaupun sekarang dah sebulan, perasaan 'homesick' tu masih ada. (Walaupun setiap minggu balik rumah)^^
Ha, nak cerita pulak pasal aktiviti yang aku dah join. Setakat ni nak kata banyak tu takda la, sebab aku tak join SUKEM. Maklumlah, aku tak berapa minat bersukan. Tapi lebih pada program amal, persembahan dan bantu2 orang. So, masa MMP dulu aku join lah Malam Percikan Seni. Perghh, 1st time kot bersemuka dgn lebih kurang 3000 orang pelajar tahun 1 kat dalam Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) UKM. Menggeletar lutut aku dibuatnya. Dah la kena pura-pura main trumpet, then kena jadi Rapper pulak dah. Lirik pun terabur dah, tapi dah kat atas pentas kan. Hentam saja lah. Then, secara tak sengaja, aku pun terjoin Sekreteriat Kebudayaan. Perghh, menari aku masa majlis makan malam bersama pengetua KUO. Segan beb...
Baru2 ni, aku join kelab English Speaking Zone KUO pulak. Wah, confirm ke berhabuk English aku kalau aku join ini? Takpelah, tu semua tak penting. Apa yang penting, dapat enjoy, merapatkan ukhwah, dan dapat improve English aku yang cuma Band 3 je ni. Best gak la kelab ni, enjoy sangat2. terutamanya Kak Umah yang sentiasa ceria. Kak Komate pun sama gk. Walaupun kami pelbagai bangsa dan agama, tapi kami dapat sesuaikan diri mcm ahli keluarga kami juga. Yang istimewanya tentang kelab ini, ia ada bilik khas, ESZ Room. Kat situ, macam2 ada, mini cafe dan Desktop, memang boleh bukak CC dah rasanya.
Finally, aku join BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia). Dengan bangganya aku nak cakap, cuma 2 orang lelaki Melayu yang join. Tu pun aku ngan Roomate aku je. Oh! My BSMM. Nasib baik lah walaupun ramai perempuan tapi mereka semua okay. Ye2 aku semangat pergi perjumpaan, ingatkan ramai lelaki, rupanya. Melayu+Cina=4 orang sahaja?
Tak apalah, yang penting dapat LC. Hehe.
Beralih ke Fakulti dan Pembelajaran,
Minggu pertama tu, agak susah la nak biasakan diri. Yelah, 1st time bergelar mahasiswa. Sistem belajar pun jauh beza dari sekolah dan matrikulasi. Tapi macam biasa la, kaum Adam ni semakin pupus agaknya kat IPTA ni. So, haruslah mencari rakan perempuan. Tak mengapa, atas tujuan belajar. Tak lebih dari itu. So, minggu pertama ingatkan boleh relax2 je. Rupanya para pensyarah dah bersemangat bagi tugasan dan pembentangan pada kami semua. Nak buat mcm mana, terima saja lah. Tapi aku bersyukur dapat lecturer yang 'cool' belaka dan buat aku lebih bersemangat untuk belajar.
So, kesimpulannya kat sini, aku rasa bersyukur sangat dapat masuk UKM. Rugi kalau tak dapat masuk UKM. Tapi bukan sekadar masuk la. Kalau dah masuk, CGPA pun kena power. Barulah mahasiswa berkualiti namanya. Okay, Sekian saja coretan dari aku. Entri selanjutnya akan dikemukakan kemudian.^^
Inilah lagu kebanggaan Mahasiswa UKM : Varsiti Kita

Comments
Post a Comment