Ha! Apakah Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik?


Assalamualaikum, kawan2 sekalian, anda tahu apakah ciri-ciri sahabat yang baik? 
Berikut adalah 12 ciri sahabat yang baik dan insyaAllah jika 12 ciri ini ada pada diri anda, maka anda merupakan sahabat yang terbaik.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:






1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.


3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.


5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Jika anda memiliki semua sifat-sifat itu, andalah sahabat yang baik. Jika sahabat anda memiliki semua 12 ciri-ciri itu, maka, andalah temannya yang bertuah. 

Jom hayati lagu ni - Untuk sesiapa yang bergelar sahabat :

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu