Ha! 'Cinta Platonik' atau 'Hanya Sekadar Kawan'?




Assalamualaikum semua.

korang dah tengok cerita Hanya Aku Cinta Kau Seorang? atau.. akronimnya H.A.C.K.S kat panggung wayang kulit berdekatan hari tu? kalau belum tengok, cepatla tengok. Takde dah kat wayang. Beli DVD or Download aje. hehe. tapi.. kalau kena tangkap jgn cari aku eh.. menariknya pasal cerita ni bagi aku, sebab dia mengangkat tema Cinta Platonik. eh? Cinta Platonik tu ape eh? Aku pernah dengar istilah ni masa tengok Safiyyah 2012 kat TV9 hari tu. so, bila tengok filem HACKS ni, faham la jugak kenapa diorang guna istilah tu. 

  • cerita HACKS tu takdelah bagus mana pun. kira okay la nak isi masa lapang. -hidayat, pengkritik bebas LPM :p

okay. cinta platonik tu ape ea? menurut Wikipedia ;
Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino, sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.

biasanya, cinta platonik ni melibatkan sepasang lelaki dan perempuan. so.. maknanya kat sini, lelaki dan perempuan yang rapat. rapat lebih dari kawan tapi langsung takde perasaan cinta.hanya kasih sayang yang ada pada mereka. cewahh. ayat skema habis aku ni haa.cinta platonik ni juga ada melibatkan antara manusia dengan haiwan, barang peribadi, dan macam-macam lagi. (pelik sungguh ni...)


Wujud ke tarikan seksual kat sesiapa yang mengalami cinta platonik ni ? 

Of course NO ! sebab mereka yang mengalami cinta platonik ni kebiasaannya tak hiraukan aspek luaran dan fizikal semata . Mereka lebih menghormati "closeness" yang dibina atas alasan "sahabat semata-mata" .

Kebiasaannya, mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik "persahabatan" yang terjalin . Tapi, kalau ada sesuatu yang tak dijangka berlaku, contohnya salah seorang daripada mereka ada affair dengan orang lain, mesti akan ade yang tak puas hati, kan ? But, takda apa yang boleh dibuat memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat . rite ? :)



Antara punca utama cinta platonik ni dirahsiakan :


  • masing masing ego and berkeras taknak meluahkan perasaan sesama sendiri .
  • tak yakin hubungan yang dibina mampu dibawa ke peringkat seterusnya .
  • belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing masing .
  • takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar / kekok sekiranya membuat sebarang pengakuan .
  • perasaan cinta memang tak wujud .



Tapi kan, aku pernah la dengar, serapat mana pun lelaki dan perempuan tu, memanglah diorang kata 'hanya kawan', tapi lama kelamaan akan wujud jugak satu perasaan lain selain sayang. iaitu CINTA. kan? banyak je kot yang tangkap cintan dengan kawan baik sendiri. haaa.. baik ngaku cepat. hehe. tapi aku tak kata semua okay?. KEBANYAKAN sahaja.

Comments

  1. Tepat dan kena sangat entri kau ni dengan lagu blog kau sekarang,

    Lelaki dan perempuan. "Kau lah yang selalu, selalu menemaniku, mendengar kisah pahit manis hidupku. Kau lah yang di situ, setia menungguku, kau lah yang satu, menjadi sahabatku."

    Najwa Latif & Sleeq - Sahabat = Cinta platonik. LOL :P

    Eh sorry terpanjang pulak komen. Bye!

    ReplyDelete
  2. Haha...ko ni, ada2 jek kan...tp mcmtu la cinta platonik ni sbnrnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu