Ha! KEMSIS 2012

Pada 5-7 Oktober lepas, KEMSIS '12 telahpun dilaksanakan. Tau x kemsis ni ap benda? KEMSIS ni singkatan dari Kembara Siswa Siswi. Dianjurkan oleh Exco Pembangunan Modal Insan PMFEP. Tahun ni KEMSIS dibuat di Berhulu Camp, Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan (omak aii, panjangnya). Walaupun mcm biasa, kaum Adam ni sentiasa sedikit. Cuma 8 orang pada mulanya, lepas tu ada salah seorang sahabat kami pulang ke rumah atas sebab yang tak dapat dielakkan. Tp walau mcm mana pun, KEMSIS masih seronok. 

Banyak sgt aktiviti best kami lakukan di sana. Contohnya masa hari 2nd tu, pagi2 lagi kami dah g main Galah Panjang n Tuju Kasut. Nampak mcm permainan budak kecil, tapi, melalui game tu, kami dapat eratkan lagi hubungan antara pelajar 1st year dan juga para senior. Then petang tu, ada Running Man (mcm Korea punya game pulak dah). Tp beza dari yang Korea punya. Kami lagi advanced, ada masuk hutan, mandi lumpur, minum telur mentah (errr...) n byk lagi la. Tapi paling buat naik angin bila akak2 faci soh buat mcm2 then dapat sampul clue kosong jek. Perghh, bagai api membakar hati. Tapi xpe, still enjoy n menguji tahap kesabaran kami semua. Walaupun mcmtu, group aku dapat number4 dari 8 group semuanya. OK la kan? Then keesokan harinya, kami adakan solat Tahajud, kami kne ambil wuduk dgn hanya menggunakan sebotol air. Nice kan? Then ada Night Walk kat dlm hutan. 1st time aku jalan dlm hutan cuma pakai slipper. hehe. Dah la ada ikat benang plak tu, 7 orang diikat dgn 1 benang. Dpt bayang kan mcmana seksanya nk berjalan? Tapi tu mengajar kami erti kerjasama sebenarnya. Sangat2 menarik. Masa pagi tu, ada sesi Sidang Pleno pulak. Sidang Pleno ni lebih kurang macam debat juga la. Cuma ada 4 group. Tajuk kami dapat ialah "Pembangunan Negara, siapa yang perlu diutamakan? Individu? Belia? Mahasiswa? atau Kerajaan?".
Memang riuh la dibuatnya dewan tu bila semua berlumba2 untuk bersuara. Tapi pihak penyokong kerajaan pulak teruk kena bidas. Yang pihak mahasiswa pula, punya la semangat menyampaikah hujah dia pada mulanya, then tiba2 dia sedar yang dia dah cakap benda yang takde kaitan dan lari tajuk, terus dia hilang keyakinan dan duduk semula. (jgn marah ya Cik-I). 

Selepas semua dah selesai, ada la majlis penutup. Tirai KEMSIS '12 dilabuhkan dengan penyerahan cenderamata oleh Ketua Pengarah KEMSIS '12 kak Nur Hidayu Halim kepada Pengurus Berhulu Camp, Encik Mohd. Hanif. Masa tu aku jadi MC beb. Unbelievable. Dapat jd MC dgn debator pulak tuh. Hehe.
Walaupun KEMSIS dah habis masa tu. Rasa sedih sebab terasa cepat masa berlalu. Masih belum puas berada bersama geng2 KEMSIS. Tapi apakan daya, kalau stay lama2, siapa yang nak buatkan assignment nanti.

Kalau soal makan, mmg seronok, sebab kami berpeluang untuk makan dalam dulang. Terima kasih sangat kpd siapa yang ilhamkan idea ni. Sebab, mampu mengeratkan ukhuwah antara kami. Contohnya, rules untuk makan adalah "Suapan pertama, suap pd orang di kanan - Suapan kedua, suap pd orang di kiri - Suapan ketiga, suap untuk diri sendiri"

Program ni mmg best gila la. Rugi la siapa yg tak pergi tu. Sebab kat KEMSIS ni boleh membangunkan soft skills, keyakinan diri, kepimpinan dan keberanian kita semua. Ha, kat sini la masing2 nak tunjukkan diri yang sebenar. Mungkin kat luar sebelum ni ada yang nampak pendiam saja. Tapi bila mereka dah join, baru dpt tahu yg kita semua mempunyai bakat tersendiri. Ada yang jadi ARTIS, PENDEBAT PROFESSIONAL (respect habis la), MC, PEREKA BANGUNAN, PEMIMPIN, USTAZ  n macam2 lagi la. Dari situ juga lah kami dapat belajar bekerjasama dengan baik. 

Masuk hutan - Hanya berselipar? sangat SAFE!!

Ha, FAIZ MIKANO jadi pengantin dohh...


Gangster2 pun ada gak lahh...
                        
Hasil Binaan kami yang Kreatif...Kreatif ke??


Professional Debator ^^
Tudiaa...Nana tanjung kita mai dahh...

Only 1 word can describe...HAPPINESS
KEMSIS...Bermulalah Sebuah Cerita^^

Calon anda nu. 1...Mohon diberi Mandat...
Inilah antara gambar kami sepanjang menjalani KEMSIS '12...love KEMSIS so much...


Comments

  1. nice dayat,,dah ada label..tp kalau nk komen xde pssword lg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dah buat dah yg semua org boleh komen...msih blm jadi ye...

      Delete
  2. Aku baru habis baca kau punya post ni, semalam bukak tengok-tengok gambar je.

    Heheh puas kau yee kutuk akuuuu, sabar je lah. Rasa nak pelangkung je kau nii ^__^

    *wei betul cakap kak Iema, captcha tu ada lagi la* Try buang lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu