s2hidayartz.blogspot.com
Assalamualaikum dan Hai!
Okay, petang ni aku nak cerita pasal blog aku ni sendiri.
Sepanjang hidup aku, aku tak pernah terfikir untuk menulis blog ataupun punyai blog aku sendiri sebab aku memang tak berapa minat menulis.
Tapi akhirnya waktu semester pertama aku belajar di UKM, aku ditugaskan oleh pensyarah untuk wujudkan blog yang pada mulanya adalah untuk tujuan 'assignment bagi subjek Aplikasi Komputer. Rasanya kalau student UKM-FEP mesti kenal lecturer ni, beliau terkenal dengan ketegasan dia tapi dalam masa yang sama beliau juga sangat friendly. Pada mulanya aku memang cuma gunakan blog ini untuk tujuan assignment semata-mata. Even kalau korang tengok post-post aku sebelum ni pun banyak tentang makanan, sebab assignment aku adalah untuk create post / entry yang berkaitan dengan makanan. Sebab kalau tak post, masaklah kena maki.
So masa awal semester tu, lecturer minta student untuk create nama blog dengan keyword 'S2' di hadapan nama blog. 'S2' tersebut merujuk kepada set kuliah di bawah kendaliannya iaitu Set 2 dan nama yang dipilih untuk blog juga tak boleh hentam sembarangan. Silap langkah atau nama yang pelik-pelik sikit, memang kena bahan kaw-kaw. So aku pun decide untuk gunakan s2hidayartz.blogspot.com sebagai aku punya address. Aku nak hipster juga time tu tapi tak nak kena maki, so aku olahlah sikit nama tu. Haha
Dari situ, aku pun mula lah post entry yang berkaitan dengan aku punya topik, makanan. Dan adalah juga entry-entry lain yang bertemakan bebas. Mula-mula tu, ya aku akui memang malas untuk menulis entry dalam blog. Sedangkan homework pun aku liat nak buat, inikan pula nak menaip panjang dalam blog. Tapi lama-lama aku jadi semakin selesa menulis, menceritakan apa yang berlaku, kongsikan pengalaman aku dalam blog ni.
Boleh kata semua student batch aku yang create blog sekali dengan aku, semua tinggalkan dengan alasan dah habis belajar subjek tu and dah tak ada guna untuk gunakan blog tu lagi. Aku pun ada masanya lama tak update apa-apa entry dalam blog ni. Cumanya aku sesekali tu adalah juga buka, update sesusatu sebab aku kadang-kadang rindukan blog ni.
Even sampai hari ni, aku masih kekalkan nama blog aku atas sebab memori waktu mula-mula aku create blog ni. Dan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan aku dekat lecturer Aplikasi Komputer aku dulu, Sir Azzwan. Cuma kalau dulu tujuannya hanya untuk assignment, sekarang tujuannya untuk perkongsian dan penceritaan. Insha-Allah akan cuba untuk aktif blogging semula.
Okay itu saja, sampai jumpa lagi di next entry!
Comments
Post a Comment