Short Get-away! Pulau Langkawi @ 28-30 Oktober 2018
Assalamualaikum dan Hai.
Insha-Allah di masa akan datang kalau ada rezeki lebih, aku teringin pergi bercuti macam ni lagi, luangkan masa dengan wife aku. Selain bercuti, kita boleh melihat tempat orang, know their culture and of course makan sedap-sedap.
Doakan aku ya supaya murah rezeki!
Sebenarnya hari ni aku rasa macam nak tulis satu entry tapi tak tahu nak cerita pasal apa. Haha. Lepastu tetiba dapat idea untuk kongsi cerita masa aku dengan wife pergi bercuti haritu.
Okey jujurlah lepas kami kahwin haritu, kami kurang keluar jalan-jalan and luang masa di luar, bercuti apatah lagi. Maklumlah baru kahwin kan, banyak nak kena pakai duit and kami pun bukannya orang senang sangat semua benda dah ada depan mata lepas kahwin. Banyak perkara yang kena selesaikan. Kami ni memang dua-dua jenis kaki jalan, so bila tak keluar berjalan, rasa macam tak lengkap hidup ni. Even keluar lepak mana-mana tengok orang busking pun cukup dah sebenarnya, asalkan keluar. Dulu sebelum kahwin, aku sorang-sorang pun boleh jadi pergi keluar berjalan. Sampai masa tu wife aku cakap aku kena 'sindrom tak boleh duduk rumah'.
So dalam bulan Sep 2018 macamtu, kami adalah discuss nak pergi bercuti sebab yelah, lama sangat dah tak berjalan / bercuti. Kononnya nak pergi ke Sabah, siap survey tiket flight, hotel apa semua dah. And entah macam mana lepastu rezeki Allah turunkan, ada hamba Allah ni tiba-tiba bagi hadiah pakej honeymoon katanya hadiah kahwin kami. Siap tiket flight pergi balik lagi. So aku apa lagi, kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Terima kasih sangat dekat orang yang bagi hadiah yang sangat berharga ni dekat kami. So percutian tu untuk 3 hari dan 2 malam and bukanlah dekat Sabah, tapi dekat Pulau Langkawi je. Okeylah tu kan, aku tak kisah sangat mana-mana tempatnya asalkan dapat keluar dari kepompong.
And then, the time comes...28/10/2018
So pagi tu aku minta tolong Mel untuk hantar kami pergi KLIA. Lepas sampai tu, maklumlah aku dengan wife aku ni dua-dua first time nak naik kapal terbang ni. So, sumpah aku rasa noob gila masa tu. Nak check in flight pun tak reti, terkial-kial aku nak faham prosedur nak naik kapal terbang. Lepastu pasal beg, kami punyalah lurus isi beg galas jangan bagi lebih 7kg sebab takut tak boleh masuk, and dekat guideline dia ada tulis. Tapi kami tengok orang lain yg mana bawa beg galas tak diperiksa / ditimbang pun, macamtu juga kami punya beg. Aku rasa macam baru keluar dari hutan je, tak tahu apa benda. Tapi lantaklah, akhirnya dapat juga naik kapal terbang. Excited sikitlah sebab first time kan.
Sampai je dekat sana, kami terus pergi ambil kereta sewa dan pergi makan dulu (lapar gila masa tu...) dekat kawasan airport tu. Lepas makan tu ingat nak check-in hotel dulu tapi hotelnya pukul 3pm baru boleh check-in. So kami pun decide, pergi Underwater World yang dekat Cenang tu. Boleh kata best jugalah, last aku masuk sana pun tahun 2003 dulu. Masa tu ikannya semua budak lagi skrg semua dah dewasa (ok gurau...haha). Sebenarnya wife aku yang excited sangat nak masuk situ, penggemar ikan katanya. Tak tipulah, dari pintu masuk sampai pintu keluar, muka teruja je tengok ikan, kejap ambil gambar, pastu kejap lagi tengok ikan ni, ikan tu, nak bawa balik ikannya, dah tak tentu arah dah tengok.
Lepas habis pusing akuarium time tu pun dah pukul 3 lebih, kami pun pergi ke hotel De' Baron Resort untuk check-in. Ok pasal hotel ni, sebelum pergi kami ada lah cuba google dulu hotelnya tapi banyak hotel dekat Langkawi ni guna nama Baron ni. Waktu search tu, adalah jumpa jenis yg lawa, and yg mcm hotel bajet. Then bila sampai sana, okeylah dapat resort yang ada swimming pool, view lawa, dapat bilik suite siap decoration untuk honeymoon. So kami berpuas hati lah.
Malam tu kami keluar untuk makan lagi (memang sepanjang trip ni, makan je kerjanya...).
Untuk makan malam kami pilih lokasi SeaShell Restaurant dekat Cenang. Kami pilih tempat tu sebab dia punya view and tempat makan yang unik which is makan dekat pondok yang dikelilingi pokok padi. Makanan dia sedap and portion dia banyak. Kami pesan set nasi+rendang ayam untuk dua orang makan tapi bila sampai, peh ini 4 orang makan pun cukup. Banyak gila dia bagi, dengan side dishesnya lagi. Kenyang teruk punya. Aku recommend lah tempat ni untuk korang makan, lebih-lebih lagi untuk yang pelahap macam aku. Lagi cun.
Lepas makan tu kami pun pergilah exercise buang lemak dekat Pantai Cenang, jalan kaki sepanjang pantai tu sambil tengok kot ada apa-apa yang dibeli. Dapatlah sebat seluar pendek sehelai. Aku tak tahu sangat nak jalan mana kalau dekat Langkawi ni, sebab aku dah pernah pergi banyak kali. Lepas jalan tu then kami balik jelah sebab esoknya ada aktiviti island hopping (haa yang ni aku excited sebab aku tak pernah pergi lagi island hopping dekat Langkawi...)
The next day begins...29/10/2018
So macam biasa lah kan kalau duduk hotel, pagi-pagi lagi dah turun untuk breakfast free sebelum pergi ke jeti untuk pergi island hopping. So masa island hopping tu, kebetulan aku dengan wife aku je yang Malaysian dalam bot tu, lain tu semua foreigner and diorang ni punya curiosity sangat tinggi. Semua benda nak tanya, sampai brader bot tu pishang sebab orang tu asyik tanya. Lepas 15 minit boat ride, sampai dah ke lokasi pertama, Pantai Beras Basah. Aku tak tahu apa yang menarik dekat sini tapi bagi aku agak bosan pulau ni, apa pun tak ada. Cuma ada orang mandi-manda and banyak monyet (Alert! Kalau bawa makanan tu simpanlah elok2 dalam beg jangan bagi monyet nampak, sebab sekali kalau diorang nampak, jawabnya bye bye lah!)
Lepas bot datang untuk ambil kami, kami dibawa ke Pulau Singa. Aktiviti yang ada dekat pulau tu takdalah apa sangat tapi aku yang teruja lebih, aktiviti bagi makanan dekat burung helang. Tak hairan lah macam mana Langkawi dapat nama, sebab ribuan burung helang ada dekat situ. And once brader bot tu campak makanan, macam jet diorang turun ambil makanan. And start sini lah, foreigner yang satu bot dgn kitorang tu asyik tanya soalan and aku pulak rasa dah macam tourist guide nak kena explain dkt sini ada apa, dekat situ ada apa, itu apa benda, ini apa benda. Haha. Tinggi betul curiosity diorang ni.
Lepas bagi helang makan, kami dibawa ke kolam ternakan ikan. Mula-mula macam taknak masuk sebab tengok macam takda apa je tapi bila fikir balik alang-alang dah sampai kan. Masuk je lah. Bila dah masuk, peh padu beb, best sebab dapat tengok hidupan laut dengan lebih dekat. Lagi dekat dari yg dalam Underwater World tu, siap boleh pegang lagi. So aku dapatlah chance merasa pegang boxfish, penyu, gamat etc. It was fascinating. Tapi wife aku takut. Amende tah, kata peminat ikan tapi takut pegang ikan. Dekat situ juga ada ikan kerapu besar, kerapu kertang kot namanya tapi dia malu-malu nak keluar, so kami terlepas peluang nak tengok ikan tu. Ada certain part lagi dalam tempat tu yang aku tak berani pergi since Aquaphobia yang ada dalam diri aku, so wife aku jelah yang jalan dekat situ. Aku kang kalau jalan situ, hilang balance, jatuh dlm laut, langsung kojol dekat situ.
Next, kami pergi ke Pulau Dayang Bunting, ini memang jadi port biasa bagi sesiapa yang datang ke Langkawi ni (cuma aku je yang first time...). Ok yang menariknya pulau ni, kalau dilihat pada satu sisi, memang nampak macam perempuan mengandung tengah baring and bukan itu saja, dalam pulau tu sendiri ada tasik air tawar semula jadi yang kita boleh mandi tapi kena pakai life jacket sebab air dia 15 meter dalam. So kalau takda life jacket, aku confirm lemas punya. So sebelum sampai ke tasik tu, kena hiking sikitlah (ada tangga) cuma yang bertambah thrill tu bila ada 'geng' yang nak join sekali mcm babi hutan dan monyet. So far aku bolehlah kata best tempat ni. Cuma aku takut sikitlah bila mandi air yang kaki tak cecah lantai ni.
Lepas mandi dekat tasik tu, kami pun naik bot untuk balik ke jeti dan seterusnya balik ke hotel. Sampai je hotel, mandi dan terus tidur sebab kepenatan. Sumpah barai do, penat kaki berjalan jelah sebenarnya, dengan cuaca lagi panas. So petang tu wife aku tak bangun tidur lagi tapi aku dah bangun and pishang apa benda nak buat. Apa lagi, aku pun turun sorang pergi mandi swimming pool. Then lepas mandi tu aku naik bilik, wife aku bangun dah masa tu and cakap dia nak ikut jgk. Dah tak pepasal aku turun lagi temankan dia mandi pool.
Then malam tu kami pergi shopping coklat and souvenir untuk bawa balik ke rumah, macam biasalah kalau pergi Langkawi, tak sah kalau tak shopping coklat. Dan tak sah kalau takda yang kirim coklat. Haha. Kami pun pergilah shopping dekat Haji Ismail Group punya Mall tu. Gila ramai orang, bakul penuh-penuh belaka, diorang ni nak bawa balik meniaga coklat ke apa? Kami pun banyak jugalah laburnya dekat coklat dan belikan cenderahati untuk bagi mak ayah kami. Lepas shopping kami pun terus balik hotel. Tak pergi dinner pun sebab kepenatan, drive kereta pun melilau dah.
The final day...30/10/2018
Ha, nak balik dah. Sedih rasanya sebab sekejap je bercuti lepastu kembali ke dunia nyata. Dunia yang penuh pancaroba. Untuk hari last ni, kami tak ada kemana-mana pun. Pagi tu jelah pergi breakfast dengan mandi pool, then terus siap-siap nak balik sebab check-out bilik pukul 12 tgh hari. Lepas check-out tu kami pergi lunch dulu dekat kedai makan area airport tu. Lepas makan, waktu nak bayar tu ada pulak foreigner lagi dok tanya dkt cashier tu, gambar dekat duit tu gambar siapa. Since dia tanya dalam Bahasa Inggeris, akak cashier tu pun terkebil-kebil nak jawab, then aku pun jadilah tourist guide lagi sekali, explain gambar tu gambar siapa. For those yang tak tahu, gambar orang yang dekat atas duit kertas kita tu adalah gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad (jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan. Lepas selesai semua benda tu, kami pergi ke airport dan pulangkan kereta sewa.
Dan kami pun kembali ke dunia nyata.
Sampai je KLIA, kami terus ada masalah yang mana kami tiada transport untuk balik ke rumah. Jenuh cari macam-macam cara yang cepat dan murah. Tapi semuanya mahal belaka, lagi-lagi kalau naik grab, RM100++ lebur macamtu je belum campur kos tol apa semua. Survey pula KLIA Express, lagi keras RM110 dua orang sampai KL sentral je. So aku pun jalan lagi, sambil search kot-kot ada bas dari KLIA and...bulls-eye! Naik bas jelah sampai KL sentral baru RM 12 sorang. Okay settle satu masalah, then satu lagi masalah, waktu sampai KL sentral tu kami plan nak naik KTM sampai Rawang. Rupanya KTM dah tak ada servis dari Rawang-KL Sentral. So, kenalah naik MRT sampai Sg. Buloh then naik KTM dari Sg. Buloh ke Rawang Tapi waktu tu aku tak tahu lagi, lepas akak KTM tu kata takda KTM ke Rawang, kami dah serabut dah macam mana nak balik. Macam biasa grab adalah option pertama tapi sebab mahal sangat, RM80++ sampai Rawang, kami pun decide cari jalan lain. So sementara nak fikir tu, kami pun rehat dulu, solat maghrib. Lepastu aku pergi lagi sekali tanya kaunter KTM, mcm mana nak ke Rawang. Baru aku tahu kena naik MRT dulu. Selesai masalah, sumpah kami lega gila masa tu. Everything gone smoothly afterwards. Sampai dekat Rawang, pak mertua aku jemput and hantar kami balik ke rumah.
Okay, few things yang aku dapat dari percutian ni:-
*Walaupun kita sibuk dengan kerja atau apa pun, tapi kita kena cari masa juga untuk luangkan masa dengan insan tersayang, lari sekejap dari masalah yang ada.
*Panik waktu hadapi masalah, takkan selesaikan apa-apa. Cuba bertenang dan fikir jalan penyelesaian.
*Hargai setiap detik manis dan pahit sepanjang masa sebab ia akan jadi kenangan yang tak ternilai.
*And of course, aku semakin sayangkan wife aku!
Insha-Allah di masa akan datang kalau ada rezeki lebih, aku teringin pergi bercuti macam ni lagi, luangkan masa dengan wife aku. Selain bercuti, kita boleh melihat tempat orang, know their culture and of course makan sedap-sedap.
Doakan aku ya supaya murah rezeki!
Okey, sampai jumpa lagi di entry seterusnya!
Hidayat 19/12/18
Comments
Post a Comment