Ha! Akhir 2018, 4 Tahun Kemudian...

Assalamualaikum dan Hai!

Pertama sekali, aku rasa dah 4 tahun dah aku tak update apa-apa entry dalam blog ni. Last aku tulis entry pun on 18 Dec 2014 (Gila lama ah...). Masa tu pun aku masih lagi pelajar tahun ke-3 dekat UKM. Sekarang aku dah 2 tahun habis belajar. Haha. Gila berhabuk siak blog ni.

Dalam 4 tahun ni, macam-macam benda dah jadi dalam hidup aku. Tapi okeylah, itu yang buat hidup aku colorful dan aku harap aku akan semakin kuat. Itu semua rahmat, nikmat, dugaan dan ujian dari Allah. Plus, bukan hidup lah kalau takda naik turun. Aku terima semuanya ^_^

So nak mulakan cerita, aku finally graduated dari UKM pada Nov 2016 dengan result tak berapa nak bagus tapi bolehlah buat cari makan lepas tu. Before grad tu pun aku dah dapat kerja dekat sebuah accounting firm located somewhere dekat PJ. Selepas 3 bulan aku kerja sana, aku mula pasang niat untuk cari pasangan hidup. Lama juga sebenarnya aku tak fikir pasal kahwin-kahwin ni since aku pernah rasa nak give up atas sebab tertentu. Tapi itulah, sampai bila nak macamtu kan. Hidup masih perlu diteruskan, kan?

Waktu tu pula aku memang tengah ada crush dekat kawan / ex-classmate aku masa tingkatan 5 dulu (now Alhamdulillah dia dah jadi isteri aku pun). Perasaan tu memang ada sejak aku sekolah lagi tapi aku malas nak layan sangat lepas pernah kena dump lepas PMR dengan SPM dulu. Tapi bila fikir balik memang aku yang bengong asal nak confess dekat dia mesti sebelum exam besar, memang padanlah kena dump. haha. Ah lantaklah, tu semua zaman hingusan, budak-budak. Tapi tak dinafikan, makin kitorang gaduh, then makin rapat lepas tu. Then aku pun selalu fikir, " dia ni ke orang yang aku cari?" Kami start makin rapat masa dekat-dekat hujung tahun 2016, itu pun sebab aku dengan dia ni kaki berjalan, jadi setiap nak dekat hujung minggu tu mesti planning nak berjalan kemana dengan ex-classmates lain yang ada dalam group whatsapp. Kira macam mastermind lah dalam bab-bab nak jalan mana. Antara port famous kitorang kumpul ramai-ramai dulu, Taman Metropolitan, Kepong @ Taman Layang-Layang. Itu jelah tempatnya, entah apa yang menarik sangat masa tu pun aku tak tahulah.

So dalam bulan Feb 2017, aku decide untuk confess dekat dia, lantak ah apa nak jadi asalkan aku bagitau aku nak jadikan dia isteri aku. Apa pun jawapan dia aku tak kisah, biarlah situ. Tapi tiba-tiba dia setuju. Aku apa lagi, peh berbunga siot hati. So bila dia setuju, peh rasa dia mcm ada fireworks dalam hati oi. Lepas tu aku pun terus jelah deal nak jumpa ayah dia. Time tu cuak jugalah sebab aku tahu ayah dia ni jenis yg macam mana, tegas pendiriannya. Tapi syukurlah semuanya okey.

So, bermulalah misi kami mengumpul duit untuk kahwin lepas tu.

9 Mei 2017, parents aku pergi merisik dengan hantar cincin risik (macam biasalah, orang melayu kan penuh dengan adat resam ni) dan time itulah diorang jumpa bakal isteri dengan keluarga dia. Ini kira kali pertama mak ayah aku jumpa dia secara formal, padahal sebelum ni pernah je tengok sebab dia ni setiap tahun kalau beraya mesti datang punya ke rumah aku. Dan lepas tu 9 Julai 2017, ikatan pertunangan dibuat. Bak kata orang, 'one step closer' gitu. Semuanya berjalan lancar sampailah bulan Dis 2017, masa tu ada sesuatu yang kurang baik berlaku dan buat aku struggle sikitlah untuk teruskan kumpul duit untuk hari kahwin yang semakin dekat. (Yang mana tahu tu, tahulah. Haha.)

However, Alhamdulillah dengan berkat yang Allah turunkan, sokongan dan bantuan dari keluarga serta kawan-kawan. Aku mampu teruskan majlis kahwin tu dan pada 1 Julai 2018, akhirnya kami berkahwin. Sumpah aku tak sangka punyalah memacam orang aku jumpa sepanjang aku belajar dan kerja, rupanya jodoh aku depan mata je, member sendiri pulak tu. Hak aduh pebende siot. Haha.

Pejam celik, hari ni dah hampir 6 bulan kami berkahwin dan kami akan terus berusaha untuk menjadikan kehidupan lebih baik dari masa ke masa. Aku pun sekarang dah dapat kerja yang lebih baik dan selesa. Paling penting, dapat kerja dekat dengan rumah. (Jimat petrol oi. Haha.).

So, kesimpulannya sepanjang 4 tahun ni banyak benda baik dan kurang baik yang jadi dekat aku tapi aku masih bersyukur sebab aku masih mampu berdiri sampai hari ini. Terima kasih kepada semua yang bagi sokongan tak kiralah dalam apa bentuk sekalipun. Terima kasih juga dekat isteri tersayang yang sentiasa berada di sisi dalam menempuh alam perkahwinan, berkongsi susah dan senang, love you sayang!

Kepada yang membaca, doakan aku dan keluarga aku agar terus bahagia, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh dan peroleh kesenangan di dunia dan akhirat.

Okeylah rasanya itu je aku nak tulis, semoga tahun 2019 akan datang berikan kita semua lebih banyak manfaat dan kebaikan. Semoga kita semua terus kuat menghadapi apa pun cabaran dan dugaan yang mendatang.

Sampai jumpa lagi dalam entry lain (kalau adalah...).
Hidayat 17/12/2018

Comments

  1. Amin insyaAllah semoga menjadi blogger yg berjaya dan terus memberi manfaat kepada pembaca.

    #yangmenyayangimu#

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu