Posts

Showing posts from 2013

Ha! Selamat Menyambut Ramadhan 1434H...

Image
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera korang semua...  Apa khabar semua? Woah, dah rustic gila blog aku ni sebab lama sangat aku tak post apa-apa. Heeee...tak ada idea nak post apa. Tapi aku masih lagi aktif blog ni. Hmm, pejam celik dah nak berpuasa. Mesti best kan? Ye lah, setahun sekali je bulan Ramadhan ni. So, manfaatkan lah sebaiknya, top-up amalan kita. So, tahun ni aku berpuasa di perantauan (Perantauan lah SANGATTTT...kan). Alahh, UKM ke Rawang tu kan kalau naik basikal, makan hari jugak. heheee... Ha, memandangkan kita pun dah nak start berpuasa Rabu ni, eloklah kalau aku nak ucap Selamat Berpuasa pada korang semua. Terutamanya Family aku, Tuan Puteri, geng-geng Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM, UKM, Kolej, Ex-A6t5 KMP, Ex-5Acc SMKTBR dan semua orang yang dikenali atau mengenali. (kalau nak sebut sampai esok pun tak habis...haha)  Maka pada hari ini, aku nak mengucapkan  Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Beribadat...Jangan berani-berani nak ponteng ya...'Lanun

Ha! Family A6T5, I Officially Missing All of You...

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...=) Eh, dah dekat setahun dah dekat UKM ni. Kejap je kan rasanya? Pejam Celik, nanti dah graduate... Mudah-mudahan la kan...hehe...Sorry dah lama tak post ni=) sangat lama...hmm, bukan taknak. Tapi, hari ni hari plg best, mid exam n program semua dah setel. Alhamdulillah. Ha, korang, nak tahu tak, aku ni dah dok UKM dkt setahun. Macam-macam dah aku belajar, jumpa kat UKM ni. Tapi, tak tahu kenapa, malam ni aku rasa terharu sangat. Mungkin sebab terbaca post dlm blog kawan aku sorang ni kot. Hmmm...kenapa yea? Rupanya baru aku tahu, 'bonds' kami antara Family A6T5 masa matrik dulu, masih sangat kuat lagi. Wah, mcm2 rasa ada, suka, terharu confirm lah kan...=) Cuma ada la seorang dua tu dah kurang hubungi. Mungkin diorang ada hal masing-masing. Tapi takpe, at least kami 'still' ingat satu sama lain kan? =) hehe... Kesimpulannya, aku nak cakap...AKU SANGAT RINDUKAN KORANG SEMUA!!!!!!!!!!! hehe Walaupun aku sibuk dengan KP

Fenomena Gwiyomi...GWIYOMI!!!

Assalamualaikum korang... Eh korang, dah sedia maklum kan dengan fenomena baru selepas Gangnam Style dan Harlem Shake? Baru-baru ni wabak Gwiyomi ni pulak dah tersebar le kat youtube. Nak tau ke? G le search kat youtube tu..taip je GWIYOMI nanti kuar la berlambak. Korang pilih je la yang mane korang suka. Ada yang lawa, sangat cantik bila buat...Tapi yang bila troll version, mcm2 bangang diorang buat. Actually aku, nak share ngan korang lirik lagu tu. Yela mane la tau korang berminat nak wat cover lagu ni or berminat nak wat surprise dekat kekasih korang. Kire nak amik hati or pujuk or dalam kata yang lebih sopan 'menggedik dan mengada'. Yang ade skype tu boley le main mende ni sesame. Lawan spe lagi comel. haha...LOL sangat *gelak guling*.. ni lirik lagu asal ..sekali maksudnye dalam bahasa inggeris.. Gwiyomi Song by Hari Gwi gwi gwiyomi, gwi gwi gwiyomi Cu cu cute, cu cu cute Choko meopin han jogak sikyeonoko I order a piece of choco muffin Gosohan uyuhanjaneul

Ha! 6 Cara Memahami Psikologi Wanita

Image
Assalamualaikum dan Selamat Pagi ya korang... Ha, sejak kebelakangan ni, aku banyak post tentang cinta, kahwin dan wanita. Kenapa ya? Bagi aku lah kan, benda2 macam ni kita perlu tahu gak la. Supaya bila kita dah jumpa cinta yg untuk dibawa ke syurga nanti, kita dapat pastikan yang kita betul2 sedia dan faham apa itu duni perkahwinan dan macam mana nak 'adapt' suasananya. So, hari ni aku nak cakap lah sikit pasal memahami psikologi wanita. Untuk pengetahuan korang semua, memahami psikologi wanita adalah suatu perkara yang susah. Ini adalah kerana sifat mereka yang sukar untuk diramal, ia berubah mengikut situasi dan keadaan. Tetapi ada juga tindakan atau perlakuan mereka yang   mungkin anda boleh jadikan panduan untuk meramal pemikiran seseorang wanita itu. Apa yang dinyatakan didalam artikel ini tidaklah seratus peratus tepat. Ia adalah berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sebahagian wanita sahaja. Mungkin dengan cara ini akan membantu anda untuk memahami  psik

Ha! Sepuluh Manfaat Kahwin Muda...

‘Kahwin muda’, satu topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini? Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya : 1 – Tuntutan Agama Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya? KELEBIHAN NIKAH saat akad nikah ~ dapat PAHALA! suami peluk isteri ~ dapat PAHALA! cium isteri ~ dapat PAHALA! renung isteri ~ dapat PAHALA! suami bekerja untuk cari rezeki halal u

Ha! Kahwin di Usia Muda?

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang... Hari ni kan, aku ada terfikir sesuatu . Sebenarnya dah lama dah fikirkan benda ni. Cuma aku ni kadang2 saja2 je tak mau fikir. huhu Ehmm, bercinta lama-lama sebelum kahwin itu tidak baik sebabnya benda camtu boleh mendatangkan banyak fitnah dan kata-kata yang kurang baik dari orang sekeliling kita kan. Jadi dengan selambanya aku sebagai seorang laki yang mahu menjaga nama, maruah dan adab aku dan keluarga, aku 'try' lah tanyakan soalan macam ni secara face to face dengan parents aku. Berani tak aku ? hahaha... Aku pun tak sangka aku boleh 'ter'tanya soal ni. Secara jujurnya aku pernah la luahkan tntg perkahwinan ni pd my mum. Aku cakap yang aku nak nikah awal. Bukan niat aku cakap tu sebab aku dah sibuk nak kawin or ada calon. Tapi cuma bg statement aje n juz nak thu pandangan je, sebab aku tak nak mendatangkan fitnah dan memalukan keluarga kalau bercinta terlalu lama.  Aku try la tanya mcm ni...n tak sangka pulak mak aku

Ha! Baksis...Coming Soon

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang... Fuhh2...lama betul aku tak bukak blog ni asenya. Bukan tak sudi nak bukak atau lupa, tapi terlalu sibuk untuk buka blog. Yelah, sem 2 ni...Macam2 program ada dah... Betul aku ngaku, serius aku rindu kat blog ni. hehehehe Ha, korg yang baca blog aku ni pun rata2 nya dak UKM kan? FEP? ha, so...korang join tak program ni? Mahabbah De Bakti Siswa (BAKSIS) anjuran Exco Khidmat Sosial dan Kemasyarakatan PMFEP, UKM. Eh, serius lah rugi siapa yang xpergi ni. Especially dak lelaki lah, sambutan penyertaan dari anda sgt2 kurang. Yang perempuan dah ok dah kan. =) So, takpelah. yang penting program ni nanti mesti meriah. B'cuz ni 1st time aku join program anak angkat mcm ni n aku letakkan harapan yg tinggi untuk program ni. For those yang dah daftar, terima kasih byk2 sebab sudi berkongsi pengalaman mcm ni.

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Image
Perubahan kuantiti diminta merupakan pergerakan di sepanjang keluk permintaan disebabkan oleh perubahan harga harga barang itu sendiri.  Bila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke Q1 menyebabkan titik A akan beralilh ke titik B. Bila harga berkurang dari P0 ke P2, kuantiti diminta meningkat dari Q0 ke Q2.menyebabkan titik A beralih ke titik C Perubahan permintaan pula adalah peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan faktor–faktor lain selain dari harga barang itu sendiri. Pada tingkat harga yang sama iaitu P0, pertambahan permintaan akan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. Sebaliknya, pengurangan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari D0D0 ke D2D2.

Ha! BERHATI-HATI KETIKA MAKAN KANGKUNG!!

BERHATI-HATI KETIKA MEMAKAN KANGKUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ! WASPADA KETIKA MEMAKAN KANGKUNG TUMIS, KANGKUNG REBUS DAN LAIN-LAIN YANG BERKENAAN KANGKUNG. Mungkin cerita ini dapat dijadikan perhatian kepada kita semua ketika hendak memakan sayur KANGKUNG. Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang budak kecil yang menderita sakit perut. Budak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita cirit-birit. Sudah pelbagai macam ubat sakit perut yang diberikan kepada budak itu, namun cirit-birit masih tidak sembuh. Kemudian, ibu bapa budak tersebut ditanya doktor, "makanan apa yang dimakan oleh anak anda dalam 2 hari ini?" "ibubapanya bingung, kerana sejak anaknya cirit-birit, anak mereka tidak mahu makan dan hanya meminum susu dan itupun dimuntahkan balik. Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, budak berkenaan telah memakan Kangkung Tumis di restoran bersama kedua ibu bapanya.

Ha! Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang semua...=) Hehe. Kita bertemu lagi...hehehee Dah 2 hari tak menaip apa-apa dekat blog neh  (Busy nampaknya - 'nampak'nya...hehe).  Tak delah busy sangat pon aku ni, lain la kalau dah kawin, memang patot if busy pun. hehe. Blog hari-hari bukak tapi aku takde idea la nak menaip. Adoiiiiiiii!!! Ditambah pulak semangat nak berblog yang dah semakin berkurang semenjak kelas Aplikasi Komputer dah berakhir neh. Kalau dulu, seminggu nak taknak kena gak buat 2 post, elak kena marah dgn lecturer kan. hehe... Tapi sekarang, kemana hilangnya semangat itu ? huhu.  Harap-harap la sifat kerajinan untuk menaip di blog ini akan kembali seperti dulu kala. cehhh! =) Esok, 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434H adalah hari Maulidur Rasul  (Hari Kelahiran Rasullullah S.A.W).  Betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nab

Ha! Listen! Listen! Listen!

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang... Haiiiii... Wahhh, dah sangat lama rasanya aku tglkn blog ni. Habuk dah byk. Bukan sengaja tinggalkan ok, tapi kan haritu tengah sibuk dengan exam yang sangat2 hardcore. hehe. Lepastu diikuti pulak dengan cuti Semester. Faham2 lah kan bila dh start cuti. Tak lekat di rumah la jawabnya. Asik berjalan aje. Ha, sebenarnya aku nak kongsi sikit ttg isu yg sangat terkenal mcm 'pisang panas' ni. Tak lain tak bukan. Isu Listen, Listen, Listen ni lah. Aku pun xfaham kenapa lah si Sharifah Zohra tu kecoh2 sangat. Salah ke jika mahasiswa nak luahkan pendapat dan suara dia sebagai seorang rakyat Malaysia? Aku ni bukan lah nak sokong memana. Tapi aku dapat rasakan yang tindakan Sharifah Zohra ni agak melampau. Dah la langsung tak menjawab persoalan. Malah dia merepek tentang haiwan. And, suara mahasiswa tak perlu lah disekat, sebab mahasiswa pun rakyat Malaysia gak kan? Ehmm, jangan label aku pape k=) aku neutral. hehe... Sharifah Zohra Ja