Ha! Kahwin di Usia Muda?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang...
Hari ni kan, aku ada terfikir sesuatu . Sebenarnya dah lama dah fikirkan benda ni. Cuma aku ni kadang2 saja2 je tak mau fikir. huhu

Ehmm, bercinta lama-lama sebelum kahwin itu tidak baik sebabnya benda camtu boleh mendatangkan banyak fitnah dan kata-kata yang kurang baik dari orang sekeliling kita kan. Jadi dengan selambanya aku sebagai seorang laki yang mahu menjaga nama, maruah dan adab aku dan keluarga, aku 'try' lah tanyakan soalan macam ni secara face to face dengan parents aku. Berani tak aku ? hahaha... Aku pun tak sangka aku boleh 'ter'tanya soal ni.

Secara jujurnya aku pernah la luahkan tntg perkahwinan ni pd my mum. Aku cakap yang aku nak nikah awal. Bukan niat aku cakap tu sebab aku dah sibuk nak kawin or ada calon. Tapi cuma bg statement aje n juz nak thu pandangan je, sebab aku tak nak mendatangkan fitnah dan memalukan keluarga kalau bercinta terlalu lama. 


Aku try la tanya mcm ni...n tak sangka pulak mak aku ni sporting dlm bab ni.
Aku : Mama, abang nak cakap sikitlah.
Mama : Kenapa?
Aku : Abang ingat kan, kalau boleh, if dah ada calon yang berkenan di hati, nak kawin awal lah.
Mama : Kawin awal?  * sambil gelak ( nada bergurau ) Boleh tu boleh, tapi sebelum tu, kena pastikan yg abang dah mampu nak sara keluarga.
Aku : Betul ke ni? Abang bukan apa. Cuma tak nak lah kalau mulakan satu2 hubungan tu, terlampau lama bercintanya. Mak tahu kan nanti bila kita bercinta lama sangat macam macam orang boleh kata. Abang cuma nak jaga maruah keluarga ni je mama. Sekurang-kurangnya kami mengikat hubungan yang halal. Dan dapat cepat tambah ahli keluarga kita...hehe





Abah pulak?Tapi apa yang membuatkan aku terperanjat bila abah cakap macam gini , 'Baguslah bercinta dengan anak orang lepas tu terus masuk meminang. Walaupun muda lagi . '

Hikhik maknanya InsyaALLAH respons ayah okay . Cuma aku je memerlukan keberanian untuk menyuarakan perkara ini . Niat aku baik , niat aku ikhlas . Aku yakin ALLAH SWT akan membantu aku.

Mungkin orang akan cakap aku gatal , tapi percayalah. Cinta yang aku cari adalah cinta yang akan dibawa ke syurga. Bukan cinta berdasarkan emosi sahaja.

Tak salah untuk kahwin muda , sebab Rasulullah SAW mengalakkan perkahwinan di usia muda :)


Eh, panjang pulak aku berceloteh ni kan? huhu...
Takpelah, sampai sini je dulu ya...Assalamualaikum 

-Han Namja-Mr. Amirul Hidayat-

Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu