Ha! Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang semua...=)
Hehe. Kita bertemu lagi...hehehee


Dah 2 hari tak menaip apa-apa dekat blog neh (Busy nampaknya - 'nampak'nya...hehe). Tak delah busy sangat pon aku ni, lain la kalau dah kawin, memang patot if busy pun. hehe. Blog hari-hari bukak tapi aku takde idea la nak menaip. Adoiiiiiiii!!! Ditambah pulak semangat nak berblog yang dah semakin berkurang semenjak kelas Aplikasi Komputer dah berakhir neh. Kalau dulu, seminggu nak taknak kena gak buat 2 post, elak kena marah dgn lecturer kan. hehe... Tapi sekarang, kemana hilangnya semangat itu ? huhu.  Harap-harap la sifat kerajinan untuk menaip di blog ini akan kembali seperti dulu kala. cehhh! =)



Esok, 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434H adalah hari Maulidur Rasul (Hari Kelahiran Rasullullah S.A.W). Betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jadi, jom lah kita semua amalkan rutin hidup dengan mengikut 'sunnah' nabi.

 Ha, jom raikan hari ni secara sederhana n selaras dgn "syariat" Islam. And sebagai tanda kita ingat, sayang dan cinta kepada baginda, jom baca Salawat atas Rasulullah (selawat ke atas Nabi) seperti di bawah.





note : Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu