Ha! Mid Semester Break!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama aku tak post 'entry' rasanya. Maklumlah, sejak kebelakangan ni aku agak sibuk. Yelah, dengan macam program dan mesyuarat (haha. mcm menteri jek). Sepanjang aku datang ukm sampai la cuti mid-sem ni dah mula. Macam-macam benda yang aku dah tempuhi, bermula dari pendaftaran-kolej-fakulti-KEMSIS-program kolej-midsem exam- dan menjadi salah satu exco dalam Kelab Pelajar Tahun Satu (KPTS) Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan UKM. 

Setelah 9-minggu berada di UKM, akhirnya sampai juga detik yang ditunggu-tunggu semua pelajar UKM. Ianya adalah Cuti Pertengahan Semester. Jadi, apa aktiviti korang masa cuti ni? Melancong? Bercuti? Bekerja? (mana sempat la…) or apa-apa je? Macam aku, takde buat apa-apa pun cuti ni, maklumlah, duit JPA pun belum masuk kan. Agak terhad langkah kakiku…huhu. Tapi masih ada Plan nak keluar jalan-jalan dengan sahabat sewaktu zaman persekolahan dulu. Rindu sangat dgn mereka ni (walaupun setiap minggu dapat jumpa…haha).
 

Tapi di saat kami bercuti, kesian gak bila ada pelajar yang tak boleh balik. Especially sesiapa yang terlibat dengan SUKIPT dan juga PALAPES UKM (hahaa...nasib laa korang *gelak jahat..heheee). Yelah, dak2 palapes ni sibuk dengan training dia, siap pergi kem kat GURUN pulak. Sebenarnya aku yang excited ni padahal cuma duk Selangor jek. So, korang ni kan, cuti, cuti gak. Tapi tak boleh terlebih enjoy. Nanti study pun ntah kemana. Tapi kan, masa kat UKM, tak sabar nak balik. Bila dah kat rumah, rasa rindu pulak kat UKM. So, sayangilah Universiti anda kerana ia adalah rumah ke-2 anda. haha... Eh korang, aku kena stop dulu. Nanti kalau aku free aku tulis lagi ya.

SO, GUYS AND GIRLS, SELAMAT BERCUTI…



Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu