Ha! Makanan di Malaysia...

Assalamualaikum...
Mesti korang dah tahu tentang makanan di Malaysia ni kan? Mestilah, kita kan 'Malaysian', mmg kuat makan la. Saya sendiri pun mengaku saya kuat makan, sebab saya juga 'Malaysian'. ^^ Tapi kat Malaysia ni, unik sikit sebab macam-macam makanan yang ada. ada yang Melayu, Cina, India. Bukan itu saja, kaum2 lain pun ada makanan diorang tersendiri. Cuma kalau saya, tak tahu lah makan atau tak. heee...Takut tekak ni tak dapat terima. Tapi tak apalah, saya tetap sukakan makanan kat Malaysia ni. Inilah nak perkenalkan serba sedikit tentang makanan yang ada kat Malaysia ni.

Masakan Melayu merupakan makanan yang pada asalnya diilhamkan oleh orang melayu, begitu juga kaum lain..hihi


Tapi sekarang ini, kita kan hidup pelbagai kaum. Melayu makan makanan Cina, Cina makan makanan India, dan India makan makanan Melayu. 1 Malaysia, tak begitu? Jadi, janganlah pelik kalau kita ada terjumpa orang Melayu makan Yong Tau Foo, Cina makan roti canai dan India makan nasi lemak. hehe
Kalau saya lah kan,
Lebih suka pada masakan kampung (Melayu) la. Sebab dari situ la kita dapat rasa nikmat masakan asli orang Melayu. Kalau yang masakan Cina, Mi Kungfu memang best dan kalau makanan India, memang tak lain tak bukan lah, Roti Canai lah.







Inilah antara makanan yang ada di Malaysia, tak boleh nak tunjuk banyak, nanti ada pula yang terliur. Terutamanya pelajar la, susah nak keluar. Hehe.




Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu