Ha! Makanan Tradisi Terengganu...

NASI DAGANG

KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.

Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.



NASI LEMAK

Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun.

Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga kandungannya jug telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak.

DODOL DAUN PALAS
Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. cara pembuatannya sam seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.
Cara pembuatanya yang rumit menyababkan ramai yang tidak sanggup untuk mengisahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak.

Di Terengganu perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa.
Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya..



KEROPOK LEKOR

Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudianya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping.

Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha.




SATAR

Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa sertadi letak sedikit cili hiris sebagai perasa. kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar.

KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR

kuih bakar
kuih akok
Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang.


PULUT LEPA @ PULUT BAKAR
Pulut lepa di buat menggunakan beras pulut yang di rebus dan di masukkan inti ikan ke dala pulut sebelum di balut dengan menggunakan daun pisang dan di selitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar
di atas tempat membakar.



OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isinya telah di asingkan dari tulangnya dan letakkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum dibakar. Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan terus di makan.


BUDU
Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu di hasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreatif anda.
KUIH NEKBAT

Kuih nekbat adalah kuih yang diperbuat oleh masyrakat di sini. bentuknya sama seperti kuih akok tetepi kuih ini menjadi kembang apabila di bakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya.


Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang aku tunjuk kat korang, masih ada banyak lagi yang belum diketahui. Aku pun masih mengkaji apa lagi yang ada kat terengganu.
Jika korang nak tahu dan rasa makanan tradisi Terengganu.

datanglah kat TERENGGANU ni, TAMBANG SENDIRI2 ya...

Comments

Popular posts from this blog

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Ha! Makanan Punca Mudah Lupa

Ha! Makanan Tradisi Melayu