Posts

Showing posts from November, 2012

Ha! Makluman Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan

Perhatian untuk semua pelajar tahun satu... Peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 akan bermula pada 2 hingga 18 Januari 2013. *Sehubungan ini, anda diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 3 Disember 2012. *Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya.  *Anda diingatkan bahawa kadKMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan.  *Pelajar yang GAGAL menunjukkan kad KMJP TIDAK DIBENARKAN menduduki peperiksaan. *Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik. 'Mencorak Kepimpinan, Mencetus Pembaharuan' Mohammad Amirul Hidayat. Exco Pembangunan Akademik KPTS.

Ha! Mencari AJK KARNIFEP

Assalamualaikum. Perhatian utk semua student 1st year FEP. Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi AJK program karniFEP anjuran Exco Akademik dan Exco Keusahawanan PMFEP yang akan diadakan pada 4-9 Mac 2013? Mohon respon anda dgn kadar yg segera ya. Jika berminat boleh pm saya Amirul Hidayat atau 0133110241 sebelum 13 Disember 2012 " Mencorak Kepimpinan, Mencetus Pembaharuan " Mohd. Amirul Hidayat Mohd. Khairuddin Exco Pembangunan Akademik KPTS

Ya Allah...Selamatkanlah Saudara Seagamaku di Gaza

Image
Gaza tak sekuat Israel , Tentera gaza tak seramai Israel , Tapi doa orang islam lebih kuat dari nuklear dan cukup kuat untuk menyelamatkn Islam ♥ jangan berhenti berdoa :) Doa Untuk Islam Doa Untuk Gaza اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Aamiin :'( Ya Allah Selamatkan Saudara Kami Di Gaza

Ha! Seharian di Mid Valley, KL...

Image
Assalamualaikum korang semua. Walaupun cerita ni dah lama, tapi aku nak cerita gak... huhu. Macam ni, minggu lepas, aku ngn kawan-kawan aku (aku sorang je laki...alahaiii) keluar g jalan-jalan kat KL. Tak lain tak bukan tempat yang dituju adalah Mid Valley Megamall . Aku rasa, tu lah pengalaman paling seronok dapat keluar dengan kawan-kawan (Walaupun dah selalu pergi...). Yelah, yang buatkan jadi best tu, 1st time dapat keluar pergi Mid dengan kawan-kawan semasa di KMP (matriks perlis keyy...) dulu. Ada dlm kalangan diorang yang dah pernah pergi, ada yang belum pernah. Tapi tak pelah, best gak aku bila jadi pemandu arah (driver diorang skali...). hahahaaaa... Kalau korang nak tahu, 1st time gak aku g Mid sampai kedai2 kat dalam tu tutup. haha...Xpe, demi melayan karenah kawan2 yang lucu. Hehee...Diorang bukan main lagi berbelanja, ada yang beli baju, kelengkapan rumah n dan  MAINAN pun ada. Maklum la, duit PTPTN kan dah masuk...jadi OKB (orang kaya baru..) la kejap. Padahal aku ni

Ha! 6 Makanan Yang Buat Korang Cepat Kenyang

Image
Assalamualaikum korang semua. Malam ni aku nak cerita pasal 6 makanan ni yang bila korang makan, korang rasa cepat kenyang. Dalam masa yang sama, makanan-makanan ni juga dapat membantu korang mengawal jumlah makanan yang korang ambil. Selain itu, ia juga akan membantu korang untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apa makanan-makanan yang membuatkan korang akan berasa cepat kenyang tuu? Meh la den nak kobakan nihh...haha (1)   Telur - Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, ia juga akan memberi anda lebihan tenaga. (2)  Sup sayur-sayuran - Makanan yang mengandungi banyak air sememangnya akan membantu anda untuk berasa cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh

Ha! Cinta Muka Buku...

Image
Assalamualaikum korang semua... Sekarang ni aku tetiba terfikir tentang cinta. Korang, dah lame tak dengar lagu nih kan??? -cinta muka buku -   sape yang tak tahu lagu nih memang nampak sangat menipunya... PERSOALANNYA sekarang....pasti kekal ke cinta si muka buku nih?? H urmm...nih la yang aku nak kupas kan malam nih ^_^    ~ GUYS and GIRLS, lets START reading:  yelaa...name pon cinta IT....orangnya tak tengok lagi...dengar suare macam macho@lawa je kan? boleh buat tidur malam..tapi..bile dah tengok muke? kalau sama cantik, same kacak, mungkin relationship tu akan diteruskan. Tapi, macam mana pulak kalau salah sorang tu cakap tak serupe bikin?? Nama pun manusia kan. Dari mulut, katanya, rupa tak penting lah, subjektif lah hape lah. Tapi jauh dari sudut hati diorang, rupa itu sangat2 penting! Normal lah. Kalau dah namenye manusia. Cinta itu, tetap akan pandang rupa jugak. Tapi. Korang semua jangan salah faham pulak! Sebenarnya, masih ada gak orang yang letakkan rupa

Ha! Makanan Tradisi Terengganu...

Image
NASI DAGANG KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol. Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam. NASI LEMAK Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti. Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun. Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga kandungannya jug telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini k

Ha! Mid Semester Break!!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama aku tak post 'entry' rasanya. Maklumlah, sejak kebelakangan ni aku agak sibuk. Yelah, dengan macam program dan mesyuarat (haha. mcm menteri jek). Sepanjang aku datang ukm sampai la cuti mid-sem ni dah mula. Macam-macam benda yang aku dah tempuhi, bermula dari pendaftaran-kolej-fakulti-KEMSIS-program kolej-midsem exam- dan menjadi salah satu exco dalam Kelab Pelajar Tahun Satu (KPTS) Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan UKM.  Setelah 9-minggu berada di UKM, akhirnya sampai juga detik yang ditunggu-tunggu semua pelajar UKM. Ianya adalah Cuti Pertengahan Semester. Jadi, apa aktiviti korang masa cuti ni? Melancong? Bercuti? Bekerja? (mana sempat la…) or apa-apa je? Macam aku, takde buat apa-apa pun cuti ni, maklumlah, duit JPA pun belum masuk kan. Agak terhad langkah kakiku…huhu. Tapi masih ada Plan nak keluar jalan-jalan dengan sahabat sewaktu zaman persekolahan dulu. Rindu sangat dgn mereka ni (walaupun setiap minggu dapat ju