Posts

Showing posts from September, 2012

Ha! Salam Ukhuwah untuk semua...

Image
Assalamualaikum... Sebelum lebih jauh saya berkata, inilah serba sedikit tentang peribadi saya. Nama diberi : Mohammad Amirul Hidayat bin Mohd                           Khairuddin Tarikh Lahir   : 21 September 1993 Asal             : Rawang, Selangor Status          : Bujang (ini pun nak kena beritahu ke? huhu) Seorang Mahasiswa, Pra-siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelajar Tahun Satu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Penduduk Kolej Ungku Omar (KUO) UKM. Matrikulasi? nak tahu ke? hehe. Ex-KMPians. Saya ni, agak periang la orangnya. Tapi kalau mula2 kenal tu, mcm kekok la, pemalu sedikit. hehe. Kalau anda ada kemusykilan, masalah, boleh kongsi dengan saya, saya ni, boleh saja jd pendengar yang baik...hehe..tak nak cerita lebih. nanti ada pula yg cakap saya 'masuk bakul angkat sendiri'. Macam ni lah if ada sebarang isu. Boleh hubungi melalui Facebook, email dan Twitter. Sekarang ini kan zaman IT. Semuanya terletak di hujung

Ha! Makanan di Malaysia...

Image
Assalamualaikum... Mesti korang dah tahu tentang makanan di Malaysia ni kan? Mestilah, kita kan 'Malaysian', mmg kuat makan la. Saya sendiri pun mengaku saya kuat makan, sebab saya juga 'Malaysian'. ^^ Tapi kat Malaysia ni, unik sikit sebab macam-macam makanan yang ada. ada yang Melayu, Cina, India. Bukan itu saja, kaum2 lain pun ada makanan diorang tersendiri. Cuma kalau saya, tak tahu lah makan atau tak. heee...Takut tekak ni tak dapat terima. Tapi tak apalah, saya tetap sukakan makanan kat Malaysia ni. Inilah nak perkenalkan serba sedikit tentang makanan yang ada kat Malaysia ni. Masakan Melayu merupakan makanan yang pada asalnya diilhamkan oleh orang melayu, begitu juga kaum lain..hihi Tapi sekarang ini, kita kan hidup pelbagai kaum. Melayu makan makanan Cina, Cina makan makanan India, dan India makan makanan Melayu. 1 Malaysia, tak begitu? Jadi, janganlah pelik kalau kita ada terjumpa orang Melayu makan Yong Tau Foo, Cina makan roti canai dan India makan nasi