Posts

Showing posts from February, 2013

Mikroekonomi: Perubahan Kuantiti Diminta Dan Perubahan Permintaan

Image
Perubahan kuantiti diminta merupakan pergerakan di sepanjang keluk permintaan disebabkan oleh perubahan harga harga barang itu sendiri.  Bila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke Q1 menyebabkan titik A akan beralilh ke titik B. Bila harga berkurang dari P0 ke P2, kuantiti diminta meningkat dari Q0 ke Q2.menyebabkan titik A beralih ke titik C Perubahan permintaan pula adalah peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri disebabkan oleh perubahan faktor–faktor lain selain dari harga barang itu sendiri. Pada tingkat harga yang sama iaitu P0, pertambahan permintaan akan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. Sebaliknya, pengurangan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari D0D0 ke D2D2.

Ha! BERHATI-HATI KETIKA MAKAN KANGKUNG!!

BERHATI-HATI KETIKA MEMAKAN KANGKUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ! WASPADA KETIKA MEMAKAN KANGKUNG TUMIS, KANGKUNG REBUS DAN LAIN-LAIN YANG BERKENAAN KANGKUNG. Mungkin cerita ini dapat dijadikan perhatian kepada kita semua ketika hendak memakan sayur KANGKUNG. Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang budak kecil yang menderita sakit perut. Budak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita cirit-birit. Sudah pelbagai macam ubat sakit perut yang diberikan kepada budak itu, namun cirit-birit masih tidak sembuh. Kemudian, ibu bapa budak tersebut ditanya doktor, "makanan apa yang dimakan oleh anak anda dalam 2 hari ini?" "ibubapanya bingung, kerana sejak anaknya cirit-birit, anak mereka tidak mahu makan dan hanya meminum susu dan itupun dimuntahkan balik. Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, budak berkenaan telah memakan Kangkung Tumis di restoran bersama kedua ibu bapanya.